Sarawak adalah salah satu daripada 2 negeri di Pulau Borneo Malaysia..Dikenali sebagai Bumi Kenyalang.Sarawak juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan & mungkin di tempat kita tidak terdapat makanan tersebut..Kalau pergi Sarawak wajib cuba makanan ini..Mana tempat pun kita pergi dekat Kuching itu mesti jumpa Mee Sapi / Mee Kolok , Laksa Sarawak,Mee Kuching,Kueh Teow Tomato,Manuk Pansuh,Tebaloi,Umai & Ayam Penyet. Banyak lagi sebenarnya.
Ini adalah Laksa Sarawak..Laksa merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia terutama masyarakat Cina.Laksa Sarawak walaupun kuahnya nampak seperti kari ,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari..Laksa Sarawak rasa lemak,& dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik,tauge rebus separuh masak,udang rebus,hirisan telur dadar & beberapa bahan lain...Laksa Sarawak dihidangkan bersama sambal belacan & limau kasturi...
LAKSA SARAWAK....
- Menggunakan santan kelapa
- Kuah pekat kemerahan tidak menggunakan kari sebaliknya menggunakan pes asli Laksa Sarawak.
- Tidak menggunakan tauhu sumbat.
- Dihidang dengan bihun sahaja.
- Dihidang bersama telur dadar atau telur rebus.
- Udang atau ayam sebagai hiasan.
Ok... Inilah Mee Kolok..Mee Kolok asalnya bukanlah makanan asal bumiputera Sarawak..Mee Kolok adalah makanan yang dibawa oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke Sarawak.. Bezanya Mee Kolok dengan Mee Sapi adalah jenis mee itu..Mee Kolok ini menggunakan mee sanggul & dihidangkan bersama sup & kicap...Bagi yang baru pertama kali merasai Mee Kolok ini,sudah tentu anda merasakan ianya istimewa & sedap kerana penggunaan mee sanggul serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan....Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada Mee Kolok iaitu Mee Kolok(Melayu),Kampua(Cina),Mee Rangkai & Mee Kering(Iban)...
Ini adalah Kek Lapis Sarawak.Kek Lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak..Dahulunya pembuatan kek lapis hanyalah hobi di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu ketika menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri...Kek Lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya,Krismas,Gawai Dayak & tidak ketinggalan juga Tahun Baru..Kelebihan kek lapis Sarawak ialah motif & coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa,disamping teksturnya yang lembap.....
Inilah Manuk Pansuh...Manuk Pansuh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh..Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban...Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung...'Manuk' bermaksud ayam & 'Pansuh' bermaksud dimasak dalam buluh..
Ok...Inilah Umai..Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau..Umai juga dikenali sebagai ''Sushi Sarawak'' kerana disediakan daripada ikan mentah.Ikan mentah dibersihkan & diambil isinya & diperap bersama limau & bawang merah..Umai yang paling biasa dijumpai ialah Umai Ikan...Umai lebih sedap dihidangkan setelah dikeluarkan dari peti sejuk....
Ulat Mulong adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput... Ulat Mulong terutama yang gemuk boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan samada digoreng bersama kicap,disalai,dibuat sup atau dijadikan sate....
Ambuyat adalah sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit...Ambuyat juga adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji....Ia juga dikenali sebagai Linut....Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil Chandas,dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.....
Tebaloi ialah sejenis biskut sagu yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau.Bahan utama Tebaloi ialah sagu...Makanan ini banyak dieksport ke luar negara & merupakan sejenis makanan tradisional Sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi...
Inilah Mee Kuching...Mee Kuching ini popular di kalangan masyarakat Sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak & Mee Kolok...Mee ini senang didapati di kedai makanan Cina,restoran & medan selera di pusat beli belah di Sarawak...Mee Kuching juga dikenali sebagai Mee Dawai kerana mee ini keras & rangup semasa dihidangkan...
Makanan di Sarawak sangat unik & sukar untuk didapati ..Makanan Sarawak melambangkan kebudayaan orang Sarawak & melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang Sarawak...Makanan -makanan di Sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara & dalam negara untuk menikmatinya...